Thursday, December 2, 2010

TIPS UNTUK PRESENTATION

Kalau korang rasa korang perlukan tips untuk presentation korang,boleh la guna tips-tips saya ni ye. Bukan nak cakap yang saya terer tahap gaban tapi hanya untuk berkongsi je. Agak-agak korang nak ikut,ikut je. Kalau tak nak, korang baca sepintas lalu. Okay? Tips-tips yang saya bagi ni selalu saya guna. Kalau tak guna, buat apa saya bagi tau kan? LOL. Lagi satu, tips-tips ni tak ada kene mengena dengan yang hidup ataupun yang dah mati.

.....................................................



1. Preparation / Persediaan.

Bengong. Kalau dah preparation tu maksudnya persediaan la kan? LOL. Okay, bagi saya benda ni sangat penting. Ingat ye, SANGAT PENTING. Kalau korang tak buat benda ni, konpem korang tak tau nak cakap apa. Macam saya, malam sebelum nak presentation tu saya dah sediakan point-point apa yang saya nak cakap. Kan bagus macam tu kan. Tapi lagi bagus kalau korang buat jugak depan cermin. Kalau saya,dah tentu tak buat. Sebab saya bukan cantik macam Lisa Surihani, yang hot macam Hanis Zalikha. Buat malu je dok bercakap depan cermin sorang-sorang lepas tu kawan satu bilik dok lalu lalang. Sumpah malu kau!

2. Appearance.

Okay, ni salah satu kalau korang nak dapat extra mark. Pakai la yang formal. Kemas-kemas, comei-comei. Konpem dapat markah lebih kalau lect korang lelaki! haha. Pakai cantik-cantik supaya orang akan terus melekat tengok kat korang. Jangan la pulak korang pakai yang pelik-pelik. Karang korang dok bercakap dekat depan, orang dok mengata dekat belakang. Tu yang susah tu.

3. Voice.

Ni lah senjata yang paling hebat sekali. Cuba korang try menjerit dekat kedai makan ke apa. Automatik orang akan tengok korang kan? Ha, macam tu jugak la kalau nak buat presentation. Suara perlu kuat beb! Bukan menjerit tapi lantang. Baru la nampak yakin. Ni tak. Pakai bukan main hot nak mampus, Cantik nak gila, brand tak payah cakap la. Tapi bila dok kat depan, suara macam hampeh! Baik tak payah pakai cantik-cantik kalau suara macam tuh! kan? Lagi satu jangan pulak la kau dok control suara kau nak jadi ayu la konon padahal orang semua tau suara kau volume macam apa! Bagi saya, saya paling suka guna senjata ni. Baru la dapat control audience. Biar semua orang tengok tepat dekat saya! yeah! ( walaupun saya gemok tak sehot scha alyahya ).

4. Style.

Yang ni bukan style hip hop atau style vintage ke apa ek. Tapi style korang masa presentation tu. Kene la ada gaya beb. Baru la umphhh! Kalau ruang kelas korang tu besar, seeloknya korang berjalan. Kalau kecik, korang berdiri je kat depan tuh. TAPI! Mesti ada titik focus korang. Pahamm?? Mesti tak paham. huh. Macam ni, mata korang kene sentiasa berjalan. Bergerak n lihat semua audience yang ada. Itu makna nya yang korang saling berinteraksi dengan audience. Macam tu la. Jangan la dok berdiri tegak macam tiang! Dah la suara slow ya amat, berdiri macam tu pulak. Wa gerenti 100 % yang budak-budak kelas lu tu macam nak tido dan saling bercakap sesama sendiri.

5. Confident.

Yang ni perlu ada ye anak-anak. Kalau confident level sangat kurang,nescaya korang akan mengigil macam Haziq AF tu. Yes, tora datang lagi! Kalau bukan tora, suara korang yang lari. Kan kalau kita takut @ confident kurang, kita tergagap-gagap. Ha, tu la dia. Sebab confident kurang la tu sebab dok tergagap-gagap. MELAINKAN kalau korang memang dah dilahirkan gagap. sory. Yang tu tak dapek den nak tolong. Kalau saya pulak, even dah takut+ nervouse saya masih buat selamba. Simpan perasaan tu dalam-dalam and be confident even you're not in maximum level. Yes, macam tu.

.................................................


Semua tips-tips ni mungkin berguna dan mungkin juga tak. So, terpulang kat korang la ye. Untuk saya, saya dah gunakan semua tips diatas semasa saya nak buat presentation. Kalau tak percaya dengan apa yang saya cakap, cuba lah try sekali. Kalau puas hati, bagus la. Tapi kalau tak, memang korang ada masalah dengan diri sendiri. haha. Okay, enough.


3 comments:

  1. tak tahu la ape rupe aku kalo dapat wat tu sume dengan jayanya..hahaha

    ReplyDelete
  2. thanks utk semua tips.........sy nervous+takut sampai rasa mcm nk pengsan.........tp lps bc tips n sy rs "I CAN DO IT" thanks >_<

    ReplyDelete

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!