Friday, May 3, 2013

New design for KIMONO WRAP


Salam awak!

I kan sebenarnya tak sangka ada jugak yang nak beli KIMONO WRAP melalui blog ni ha. Yelah, isi ntah apa apa tapi ada jugak yang jenguk *padahal orang google KIMONO WRAP lepastu terjumpa blog sampah ni ha*. kuikuikui. Tapi takpe la. Yang penting rezeki masuk kannnn. Alhamdulillah.

Okay, just nak bagitau yang KIMONO WRAP dah habis but hanya ada tinggal 1 design je iaitu no 7. Tak pasti yang mana? Yang inih................



no 7

And ada berita baik untuk semua taw sebab aku dah bawa masuk a few new design khas untuk korang. Kita tengok sama sama ye.







no 14





Penting tak tengok gambau besar kecik besau kecik? hahahah. Sory ye. So if korang berminat nak beli, boleh terus email aku kat rubistore@yahoo.com. Harga masih lagi sama iaitu RM49 free postage.

Wednesday, April 24, 2013

KIMONO WRAP IS COMING !

Salam.


Wah wah wahhh. Exam dah dekat tapi sempat lagi updated blog, updated butik. Bukan apa taw. Exam, exam jugak tapi duet perlu dicari. Itu sangat penting dalam kamus hidup aku. Kalau takde duet, ibarat gelap aje dunia rasanya. Kemain lagi.


Ingat lagi tak aku pernak cerita nak bawa masuk KIMONO CARDIGAN ? Jika anda masih ingat, ini kalilah aku nak bawa masuk ! KIMONO WRAP nama diberi. Tapiiiiii. Kimono wrap ni jenis yang jarang taw. sobs sobs. Tapi tidak mengapa wahai si manis bertudung sebab anda anda dan anda boleh memakai inner di bahagian dalam. Owhhhh sangat comei weiii.




credit to abang G.

Cantek takkkkkkkk. Aku sumpah suka gila kimono wrap ni. Sebab apa? Sebab sangat cantek dan yang paling penting is sangat selesa! Betul aku tak tipu. And aku percaya, korang mesti puas hati kalau beli. Design bukan terhad kat tribal je taw but ada paisley sekali. Homaigoddd! Jom tengok satu satu.





 Design ni sama macam gambau kat atas. Kod no 6.


Design yang sama tapi warna lain.Kod no 7.


Kod no 8.


Kod no 9.


Kod no 10.


Kod no 11.


Kod no 12.


Kod no 20.



Kod no 21.


Acaneeeee. Geram tak? Sumpah aku geram sampai rasa nak amik semua buat koleksi dalam lemari. Boleh? Kot kot kalau kau berkenan nak beli sehelai dua atau mungkin semua design, boleh email kat aku ye huda_jamal89@yahoo.com . Harga kau tak payah risau. Masih maintain murah gittew. RM49 free postage . Saiz pun kau tak perlu risau sebab kimono wrap ni boleh dipakai si manis berbadan S-XXL


So,please ye. Kalau berminat tu terussssss email kat aku lelaju sebab aku tak amik stock bebanyak. Siapa bayar, aku order. Kalau order pastu tak bayar, boleh blah. Tak larat den nak layan orang macam tuh. Okay, sampai sini dulu. Ingat, email lelaju!

Monday, April 1, 2013

Baju cantik tapi murah.


Salam.


Selalunya perempuan suka cari baju yang cantik tapi murah. Selalunya jugak perempuan suka cari baju yang murah tapi berkualiti. Mana nak cari kan baju yang cantik, murah dan berkualiti? Kalau kat femes amous fashion designer memang kau tak mampu la kan. Tapi kalau kau mampu, tahniah aku ucapkan.




Aaaaa. Acane? Cantek tak dress ni? Kebanyakkan yang jual dress ni RM69 ++ but aku jual HANYA RM49! Nampak tak beza banyakkkkk gilos kat situ *sampai bf aku pun marah asal jual murah sangat*. Ada satu online butik femes amous pulak jual RM99. Gila ke gilos?



Ini rupa kalau zoom dekat dekat. Kat bahagian atas tu lace *ada full lining tawww* and kat bahagian bawah tu is lycra. Sangat cantek and selesa kalau pakai. Actually, ada banyak sebenarnya baju cantek dengan harga yang murah kau boleh dapat. Just add je fb butik aku SHOPAHOLICS BUTIK .


Sebenarnya, kita sebagai pembeli ni kene la survey survey dulu before beli. Kesian ada follower aku kat instagram tu. Die dah rugi RM50 sebab beli kat butik femes. Lain kali survey dulu k sayang. Ada banyakkkk online butik yang murah murah taw dan antaranya butik aku.

Selamat membeli ya! 



Sunday, March 24, 2013

Yang selalu dikatakan.

Salam.


JODOH. Itu semua kerja Tuhan. Semua kerja dan rahsia Dia. Dia yang tentukan rezeki, hidup, mati dan termasuk jodoh. Bukan macam bapak mertua Syawal yang dalam cite Ahmad Albab tu, boleh pulak dia mention itu semua bapak yang tentu. hahaha






Aku suka cakap benda ni. Sebab aku percaya dengan kerja dan rahsia Tuhan. Bercinta bertahun belum tentu menjamin yang mereka itu adalah jodoh kau. Kehulu kehilir bagai nak rak, belum tentu menjanjikan yang mereka ini jodoh kau. Merancang menggunung belum tentu mereka itu jodoh kau.


Aku bukan manusia jenis yang percaya 100% yang bf aku ni adalah jodoh aku. Yes, aku mengharapkan itulah jodoh aku tapi kalau bukan, redha ajalah. Takkan aku nak menidakkan kerja dan rahsia Allah. Dia dah rancang semua jalan hidup aku.


I love this, " kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah bertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat..". Ya, kalau aku tulang rusuk dia, macam mana goyang dek angin ribut sekalipun, aku tetap akan dengan dia.

Saturday, March 16, 2013

Berubah-ubah

Salam.

Makin dah nak habis study, rasa macam makin banyak pulak assignment nak kene buat. Bulan 5 dah final exam tapi tak rasa macam dah hujung-hujung sem pun. Rasa macam baru nak start sem baru. Apakah?

Antara plan nak dibuat cepat cepat ialah nak register company for my online butik tuh. Mungkin setengah orang fikir macam, "nak buat apa kau register. poyo ah." Okay fine. Itu perception kau tapi pada aku, itu penting. Sebab more more and more customers especially new customer akan percaya dekat kau. 

Yang menjadi masalah sekarang ni ialah nama company. Aku rasa macam nak pilih nama anak pulak. Kejap kejap rasa macamnak letak yang ini, tetiba rasa macam nak letak yang itu pulak. Kang tetiba dapat idea nak letak nama baru. So macam mana tu?

Yang menjadi keutamaan aku ialah simple.Yes, just nice je. Tak payah nak panjang berjela. Senang sikit orang nak ingat kan. :) Sekarang rasa macam dah dapat nama yang nak letak tuh tapi harapnya tak berubah la pulak kali ni. hewhewhew.

*hello, saya dah masuk kimono cardigan baru taw.murah je. cer tengok dulu ye. ;)

Wednesday, March 13, 2013

Kimono Cardigan.

Salam.

Aku ni jenis manusia yang tak pandai sangat pasal fashion dan aku bukan jenis manusia yang amik masa berjam jam  nak pikir pakai apa. Amik je apa yang sempat, sarung then jalan. Walaupun jenis yang simple, tapi aku tau yang penampilan tu pun penting jugak kan. Terpulang dekat mata yang memandang. Kalau suka, suka lah. Kalau tak suka, tak suka lah. Badan aku, ikut suka aku lah kan?muahaha

Perasan atau tidak, apa yang kita pakai ni sebenarnya ikot musim atau kalau fashionista sebut "trend". Aritu bukan main lagi fashion 'peplum' padahal zaman Saloma dulu dah pakai dah. Gelak je si Mariani nengok orang sekarang dok terhegeh-hegeh baru nak pakai. hahaha. Lepastu, datang pulak musim 'kimono cardigan'. Okay, ini aku suka.

Yang bestnya pasal 'kimono cardigan' ni is senang nak pakai and mudahhhhh je nak mix and match kan. Sejuk pun sejuk. Tak panas pun lagi lagi Malaysia ni tersangatlah panas. And I bet, mesti ramai yang suka gilos dengan 'kimono cardigan' ni kan?

Yasmin Hani pun ada jugak jual under brand 'bajookoo' tapi harga dia, menangis aku tengok. Sehelai je dah boleh bayar duet sewa rumah aku ni ha. Cry baby cry. Menangis la selagi boleh. Nak tengok contoh 'kimono cardigan'? Layangkan mata anda kebawah.






Cantek tak??? Very nice and nampak tersangatlah feminin gitu. Simple but nice kan? Just sarungkan singlet plain kat dalam tu or inner bagi yang bertudung and padankan dengan jeans. homaigodddd. manis!





Apa bezanya kimono cardigan yang macam ni dengan cardigan biasa yang lain? Opkos la material dia. Ada yang jual dari material chiffon which is tak panas but sometimes jarang and ada juga yang jual dari material polyester which is tak panas juga and tak jarang. Apa yang penting is tak panas dari cardigan biasa, itu yang penting.





Acane? best tak? Nak pakai keluar dating boleh, nak pakai dekat rumah pun boleh. Tak percaya? Ya, bila di dalam rumah korang pakai singlet je sebab cuaca sekarang panas ya amat. Lepastu mak suruh sidai baju sebab cuaca tersangatlah mengizinkan anda. Jadi, korang pun macam malas nak tukar baju yang sopan lalu capailah 'kimono cardigan' dan keluar menyidai baju dengan penuh gaya dan stylo. muahahaha. 

Aku tau korang mesti nak 'kimono cardigan' yang mempunyai ciri-ciri dibawah:
  • labuh dari punggung which is untuk mereka yang bertudung
  • long sleeve bagi mereka yang bertudung / short sleeve bagi mereka yang free hair
  • design dan color yang tersangatlah up-to-date
  • kain yang sejuk lagi tidak panas
  • free size

Insyaallah, aku akan mula jual 'kimono cardigan' kesukaan ramai ni sebelum hujung bulan ni. Apa yang penting, aku akan cuba sedaya upaya selagi boleh untuk bagi the best price ever untuk korang. Kalau kat tempat lain, harganya mak datuk. Boleh tersumbat otak. Tapi insyaallah kalau dengan aku, harga rendah, kualiti meletops dan design terkini.

Thursday, January 31, 2013

Pemborong/Wholesaler


Salam.


Ada yang berminat nak buat bisness kecik kecik tak? Alaaaa, takat tambah duet sampingan gitu. Kalau pandai buat marketing, duet sampingan dari bisness kecik kecikni boleh jadi duet utama dan bisness besau besau taw!


Sama jugak macam aku. Masih lagi belajar tapi ada jugak buat bisness online secara kecik kecilan.Bukan apa, aku ni student scholarship so aku sangat memerlukan duet belanja tanpa aku menyusahkan mak bapak aku. Jangan pelik pulak ye. Scholarship yang aku dapat ni hanya cover kos pengajian sahaja tanpa ada kos sara hidup. Thats why aku perlu cari jalan lain yang halal untuk tampung hidup di negeri jiran. sobs sobs


So, jalan yang aku pilih untuk buat bisness online is BAJU PEREMPUAN. Kenapa? Selain dari aku sendiri perempuan dan tau apa yang diorang nak, perempuan juga ada nafsu yang sangat tinggi dalam beli membeli ni. Pantang nau nampak baju cantik yang up-to-date gitu, terus lajuuu je nak beli. Sampai tak tau nak pilih mana satu at last, beli sekali 2-3 helai. Ha, amik kau.


Selain dari bantu diri aku sendiri, aku pun nak jugak tolong korang kot kot nak tambah duet jugak ke kan. So, jalan terbaik ialah BELI SECARA BORONG. Aku boleh jual dekat korang baju yang up-to-date yang menjadi kegilaan para wanita sekarang dengan harga yang sangatttttt la murah hoi! Boleh je nak cuci cuci mata apa yang aku jual dekat fb atau online shop aku (ada dekat side bar belah kanan tuuu). Kalau dekat fb,  better add Shopaholics Butik ni sebab lebih awal diupdated. Aku akan cuba jugak updated dekat online shop blogspot ye.


Mesti korang tertanya tanya jugak macam mana nak amik BORONG kan. Kena amik satu set yang merangkumi semua color yang ada. Maksudnya, kalau kau nak beli design A, kau kene amik semua color yang ada. Ada faham?


Okay, itu je nak cakap. Kalau berminat, email aku kat huda_jamal89@yahoo.com. Siapa lagi nak tolong melayu kalau bukan melayu sendiri kan?