Sunday, February 16, 2014

Nota hidup. Permulaan 2014.



Nota hidup. Permulaan cerita je dah macam tajuk nak mati pergi meninggalkan teman yang disayangi. Ini bukan cerita wasiat tapi cerita hidup bagi permulaan tahun 2014. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Klise sangat ayat macam gitu kan. Tapi itulah hakikat hidup.


Diri Sendiri

Bermula dengan berita ada subjek tertinggal untuk aku habiskan pengajian degree. Skema sungguh rasanyaayat ini. Kita teruskan. Aku ada cerita masa entri lepas. Okay, aku dah cuba menghabiskan saki baki kelas yang ada lagi 9 kelas nak hadap. Dengar macam sikit tapi 9 minggu nak kena tunggu habis. pengsan!

Bila dah jadi pelajar semula, memang takde company yang nak ambil bekerja walaupun hanya satu kali sahaja seminggu. Macam aku cakap dulu, aku di-offer kerja terus dengan pihak Bernama Radio tapi apakan daya. Mereka terpaksa lepaskan aku untuk ketika ini. Sedih bakhang!

Hidup perlu diteruskan. Mungkin ada hikmah disebalik yng terjadi. T_T

Teman Istimewa

Rasanya istilah ini mungkin dah takde dalam hidup aku bermula hari ini. Juga agak klise ayat ini yang datang dari aku. Dari dulu sampai sebelum ni, kalau gaduh hari ni esok dah elok. Tapi aku rasa tak untuk kali ni. Penat nak hadap semua ni.

6 tahun mengadap muka yang sama. Bukan tumbuh rasa bosan tapi..... malas nak cakap. Mungkin masing-masing yang taknak berubah. Aku degan perangai kuat 'hangin' satu badan, dan si jawa krono dengan penrangai yang... malas nak cakap lagi sekali.

Masa 6 tahun tu bukan sekejap. Dari aku kurus sampai aku gemok. Lama tu. Dengan ego yang kuat dalam diri masing-masing, rasanya elok kalau dibiarkan putus. Nasib baik tak kawen, kalau tak dah dapat gelaran janda aku ni.

Lagi sekali, hidup perlu diteruskan kehadapan.

Hargai dan Menghargai

Rasa macam samaje kan? Takpela, asal panjang sudah. haha. Satu benda yang selalu aku fikir. Boleh tak kalau kita nak hargai orang lain kalau hidup kita sendiri, kita tak boleh nak hargai? Faham tak ayat putar belit ni?

Aku jenis manusia yang - setiap tahun kena plan apa nak buat. maksudnya dah plan bila nak kawen. prepare nak berubah sikit-sikit. ada target nak capai apa. -

Secara randomnya (tak dituju kepada sesiapa), hidup kita sendiri kita tak pernah nak hargai. Buang masa sesuka hati tanpa membuahkan sesuatu hasil. Rugi. Sangat merugikan. Tahun berganti tahun,tapi masih pada tahap itu. Kalau macam ni caranya, dapat tak kita nak hargai orang lain dalam hidup kita sendiri?

Sedangkan setiap saat dalam hidup sendiri tak dihargai,ada hati nak hargai orang lain. Cuba hargai hidup sendiri dulu kemudian baru belajar menghargai orang lain. Cuba.

Tiga perkara untuk aku kupas bagi permulaan 2014. Diri sendiri, teman istimewa, hargai dan menghargai.

Harapnya, ada hikmah disebalik yang terjadi. Mungkin Tuhan tarik 'itu' dan berikan aku 'ini'.

No comments:

Post a Comment

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!