Saturday, January 18, 2014

WELCOME 2014


Sekejap je rasanya. Rasa macam baru semalam aku terima tawaran scholarship dari Karangkraf untuk sambung degree dalam bidang kewartawanan. Rasa macam baru je berlaku. Diam tak diam, dah nak habis pun study. Alhamdulillah.


Buang balik apa yang jadi tahun 2013 *atau omputih cakap throwback gittuu*, masuk raya ke empat kalau tak silap aku, aku terus start buat intern dekat Bernama Radio 24. Tempat tak femes pun nok. Orang lain intern dekat Turki la * Isyanbul aku datang sangattt*, dekat Jakarta la *nak jumpa Randy Pangalila mungkin*. Dan aku memilih untuk berada di bumi Malaysia. hahaha


Bukan apa. Nak buat intern dekat luar makan banyak duet. Duet makan, duet transport kapal terbng. Aku tak sekaya mana nak bua intern dekat luar. Tanggung diri sendiri pun dengan jual baju. Bila fikir kekurangan hidup, elok rasanya di dalam sahaja.


Kata lect aku, kalau buat intern dekat luar senang dapat kerja. *PODAHHHHHH*. Alih-alih semua tanya aku, "Bernama Radio ada kosong tak? nak try apply kerja la." Kalau senng, kenapa tanya aku? tak gitu??


Alhamdulillah. Aku di-offer untuk bekerja terus di Bernama Radio 24. Pengalaman? BANYAK. Senang-senang je nak face-to-face dengan menteri, VVIP. Jadi wartawan ni best. Hari-hari makan free *kadang dekat hotel 5 6 bintang kau!*, dapat goodies. Kalau orang lain dapat tengok dekat tv je tapi kita dapat tengok depan-depan. haaaa.


Lagi satu kalau kau intern dalam Malaysia. Daripada kau tak tahu nama menteri kesihatan, pelajaran, dan sebagainya terusss kau ingat nama-nama mereka ni. Cuba kalau intern dekat luar, kau ingat tak nama diorang?


Kalau orang tanya aku better intern luar atau dalam, aku akan jawab DALAM. Sebab?

1. Tak serasi.tak selesa.
     Kadang-kadang kita tak tahu suasana tempat tu. Kadang-kadang indah khabar dari rupa. Dengar macam best tapi bila sampai, mak datuk tak best. Haaa. Kalau dekat dalam, tak serasi atau tak selesa boleh minta tukar. Cuba kalau dekat luar Hong Kong ke, Bangkok ke, apa ke. Mampus kau nak balik. Kalau kawan tanya, kau nak jawab apa? Malu nanti mana nak letakmuka? yedak?

Makanya, tahun 2013 banyak pengalaman yang aku dapat. Last minit hujung tahun tu aku dapat tau aku tercicir 1 subject lagi. Nak tak nak, aku kena amik juga tahun ni. Very the babeng u know.


Harapnya, aku lulus untuk semester terakhir. Harapnya lagi aku boleh tambah pengalaman. Dan harapan dapat kumpul duet nak kawen cepat! haahahaha



1 comment:

  1. Happy New Year Huda!!hahaha dah nak habes bulan jan baru sibuk nak wish..aku dah delete blog lama..ni link blog baru aku...aainaaharun.blogspot.com

    ReplyDelete

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!