Saturday, May 15, 2010

NAK SANGAT

Apa yang u all mahukan dalam hidup? Yang biasa biasa saja. Bukan yang terlalu mahal dan mungkin terlalu payah untuk dimiliki. Sebagai contoh, mungkin iPod. Bukan kereta BMW 6seriese ataupun banglo yang ada kolam renang. Kalo benda tu yang u all mahukan, saya rasa mungkin 20 tahun akan datang baru boleh dapat kot. Bukan eyh. Apa yang saya maksudkan adalah benda yang u all target boleh dapat dalam masa 3 ke 4 bulan.So, u all mahukan apa?


Saya tanya bukan bermaksud nak memberi.heeee. Hanya mahu berkongsi. Okay? Jadi, apa pula yang saya mahukan? Nak tahu? Mungkin u all akan cakap "hek eleh,orang da pakai da benda tu, dia baru nak pakai. Ntah pape ntah.apa daaaa". Ha, mungkin itu yang akan u all cakap kalo saya bagi tau. Betol, tak tipu.


Okay, mari kita teruskan. Buat masa sekarang,saya mahukan handphone canggih. Kan saya ada cakap yang saya tak pernah pakai handphone canggih. Jadi, saya mahukan handphone canggih. Yang kedua, saya mahukan iPod. Ye, iPod. Jeles tengok Anis Syafinaz pakai benda alah tu masa tengah tunggu bas dan sebelum tido. ( saja jer nak mencelah nama minah ni)heeee. Okay,yang seterusnya saya mahukan jam tangan. Disebabkan saya kurang gemar memakai aksesori, jadi jam adalah salah satu aksesori paling mudah untuk digayakan. Dan yang terakhir adalah handbag.


YE,SAYA MAHUKAN SEMUA ITU.


Jadi, saya perlu berusaha keras untuk kumpul duit dan beli apa yang saya mahukan. Saya tak nak minta dari abah dan mak saya. Saya nak usahakan sendiri. Kan saya pernah cakap, barang yang kita beli dari titik peluh kita sendiri tinggi nilainya. Kita akan lebih menghargai. Betol kan?


Jalan yang harus saya buat ialah saya perlu cari kerja part time untuk cari duit. Yes,kerja. Ingat, jangan asyik meminta. Sesekali cuba kalo kita usaha sendiri. Jangan fikir penat kalo kita mahukan sesuatu. Kerana kalo kita sudah ada target, pasti kita boleh lakukan. Benar, saya tak tipu. Buktikan pada orang diluar sana yang u all bukan seperti yang difikirkan.

Fikir fikirkan. Terima kasih. ;)

2 comments:

  1. hahahahha.ye,aku bagi ipod aku kat ko la.aku pun bukannya dngar sgt skang ni.laptop x tutop smpai pagi.haa.jgn keje teruk sgt.hurmm

    ReplyDelete
  2. hahaha..bengong ko.tapi kalo ko nak bagi betol betol pon boleh jugak.tak pon aku beli kat ko bile da dapat gaji.heeeee.aku nak kerja kuat kuat.nak beli bag.bulan 7 kan befday aku.dapat diskaun.hahahaha

    ReplyDelete

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!