Monday, April 25, 2011

NEED A SCHOLARSHIP? READ THIS!

Salam Sejahtera dan Selamat tengahari.
-__^

Kalau ada yang tau aku ni dapat scholarship from Karangkraf, mesti diorang akan tanya macam mana aku dapat. Dan jenuh jugak la aku bagi jawapan. 21 haribulan hari tu, dah berlangsungpun majlis penyerahan biasiswa untuk 20 orang pelajar. Kalau nak tau, scholarship ni dah lama dah ada. Since 2005 macam tu kot. Aku pun dah lupa dah. Ingat nak amik gambar tapi handphone aku ni cikai je. Tak de camera pun. So, tak dapatlah nak amik gambar. Sedih. T__T

Kalau orang dengar je pasal scholarship, mesti orang ingat untuk yang pandai-pandai lagi cerdik bijaksana. Tapi tak weyh! Korang ingat aku ni macam tu ke? Aku bukan budak bijak yang selalu dapat 4flat untuk setiap sem dan aku jugak bukan budak bijak yang selalu dapat no.1 masa sekolah dulu. TIDAK. Tapi mungkin ini rezeki. Takat pointer aku 3.03 tu, bersepah kot rasanya yang dapat. Aku je terkial-kial baru nak dapat pointer macam tu. Sedih lagi. T__T

Memang tak dinafikan yang syarat utama untuk korang apply scholarship ni mesti pointer 3.00 dan keatas. Selain tu, diorang nak jugak tengok personaliti korang. Dan untuk tambahan, mesti aktif. Aku masa Dip dulu langsung tak aktif tapi masa sekolah dulu agak aktif. Habis semua sijil mijil aku hantar kat diorang. So, melalui situ diorang faham la yang korang tu sebenarnya aktif tapi pemalas.

Untuk Karangkraf, hanya ada 3 Universiti/ Kolej sahaja yang diorang taja. Antaranya Unisel, Unitar dan Segi College. And why i choose Unisel? Kenapa tak Segi College? Sebab aku tak nak belajar lama-lama. So, bila dah ditolak subjek yang aku dah amik, adalah dalam 2 tahun je kot aku study. Tak de la nak kene tunggu sampai 3tahun kalau amik kat tempat lain. Tapi kalau korang rasa macam sanggup plus nak rasa environment baru la konon, boleh la apply tempat lain.


Untuk Journalism yang macam aku, mungkin ramai la kot yang takot. Diorang cakap quit heavy la kos yang aku amik ni. And memang aku admit, quit heavy. Tapi rasanya semua kos berat kotttt. Kalau tak buat betui betui, memang la jahanam kan. So, aku tanamkan dalam kepala otak aku yang bidang yang aku pilih ni tak la heavy mana. Just think positive. Dah kalau hari-hari sebelum masuk class kau dok cakap susah, memang susah la jawabnya. But if you think that you can do it, semuanya akan jadi mudah kot. Kannnnn.

Untuk first sem ni, memang aku tak nafikan yang aku agak takot sebenarnya. Takot kalau-kalau aku tak dapat 3.00 pointer tu. Tapi aku akan cuba sehabis baik. Dan untuk korang yang berminat nak apply scholarship Karangkraf ni, boleh la pergi website diorang. Kat situ korang akan atau macam-macam. Sebab penat la aku nak taip semua kat sini. hikhik.

** kalau korang berminat, cepat-cepat la apply sebab kan bebudak lepas SPM ni banyak jugak yang apply.

 


1 comment:

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!