Saturday, May 21, 2011

APA YANG LELAKI PERLU TAU PASAL WANITA

Selamat malam tapi bukan nak tido lagi.
*so, bukak mata kau tu besau besau*


Aku tau lelaki tak pernah paham pompuan. Aku yang pompuan ni pun tak pernah paham pun pasal lelaki. Sebab tu la aku selalu gaduh dengan bf aku. Okay,tengok. Kau dah tau aku selalu gaduh kan. -__- Tapi tak pe, kau berhak untuk tau. So boleh la aku gaduh gaduh depan kau kan. 


Kadang kadang bila lelaki tak paham pasal pompuan, kita mesti rasa macam...arghhhh! geram gila seyh! Rasa macam kalau dapat muka bf aku tu, mau aku bagi sebiji dua penumbuk tangan kudut aku nih. Konpem dah tak berdengkur dah masa tido kan. Tapi tu lah kan, kita ni pompuan. Kene sedar diri. Buatnya masa aku nak layangkan penumbuk tangan kudut ni, die dah layangkan dulu penumbuk tangan besau die. Kang aku pulak yang tak bercakap sebulan. Tak pun mau rongak mulut aku ni. So, kesimpulannya lelaki kene la tau pasal pompuan.


Ni aku nak bagi tau apa yang lelaki perlu tau pasal pompuan nih. Bukan untuk bf aku je, tapi untuk bf kau dan kau wahai lelaki yang sedang membaca ni :-


SATU

L: "Baby, baby nak tak ni? I belikan nak?"
P: "Eyh, tak payah la sayang. Baby tak nak pun."
Kau kene paham. Pompuan ni pemalu orangnya. Kang kalau die cakap nak kang, kau cop die sebagai materialistik lah itulah inilah. So, tu je cara die untuk berekspresi. Walaupun mulut cakap tak nak, tapi hati die nak sebenarnya. Konpem balik je rumah terus cite kat member member die. Pastu mulalah member die cakap, "rugilah kau nih!" . Malam tu mesti tido tak lena sebab teringat barang yang bf nak belikan tu. T__T


DUA
 
Kalau marah kadang kadang pompuan ni suka off tepon. Lepas tu on balik lepas tu off balik.
Kau tau kenapa? Sebab die nak tengok berapa banyak misscall dari bf die. Lagi bertambah marah kalau langsung tak de misscall. Berapi beb!! Die sebenarnya nak kau pujok. Cuba kau belajar cara nak pujok pompuan. Mesti die terus lembut hati. Tak begitu Kassim Selamat?


TIGA
 
L: "Baby, nak makan kat mane nih?"
P: "Mane-mane je lah. Baby tak kesah pun.."
Part ni yang tak suka ni. Tu bagi aku la kan. Tak tau pulak kau. Boleh tak wahai lelaki, kau jangan tanya soalan macam ni? Kau tau tak soalan macam ni buat pompuan rasa macam nak salai mulot kau? Pompuan dilahirkan dengan sifat pemalunya. Tak kan nak cakap nak makan kat mane. Kalau die suka satu tempat tu, belum tentu kau suka kan? Sebab tu la die tak nak cakap. Dah kalau kau tak tau nak pikir, kau bawa je tempat yang die suka. Habis cite!


 EMPAT

Pompuan akan sentiasa perhatikan mata lelaki di tempat awam.
Kau jangan ingat pompuan buat bodo je kalau kat tempat awam. Kau tau tak yang sebenarnya die dok perhatikan biji mata kau? Lagi lagi kalau ada pompuan lain lalu atau masuk atau keluar. So, tolong jaga biji mata tuh!


 LIMA

Dengan sape pun die keluar, bf die tetap dalam kepala otak.
Ni lah pompuan. Kau bagi lah lelaki mana pun depan mata die, die tetap akan pilih kau wahai bf. Dengan lelaki mane pun  die keluar, hanya kau wahai bf dalam kepala die. Kau tau sebabnya? Sebab die sayang kat kau!

 
 ENAM

Pompuan kalau marah tak lama.
Marah pompuan tak tahan lama. Kejap je rasa marah tu sebab rasa sayang tu dah mengatasi rasa marah. Sebab tu tak boleh lama lama. Jangan harap la dapat merajuk lama lama.



Kau tau tak, aku rasa macam semua kat atas tu macam berkait dengan aku je. Kau tau sebab ape? Sebab aku yang taip! Tapi ada tak yang sama macam kau wahai pompuan? Kalau ada, bagus. Sebab kita serupa. Aku harap sangat sangat kau wahai lelaki baca dan paham. Dan yang paling penting, kau aplikasikan dalam kehidupan seharian kau bersama dengan gf kau. Ingat ye, pompuan ni kalau die sayang tu sayang betul. Tapi kalau die tak suka atau benci, memang die benci betul.
 


1 comment:

  1. hahaa...betul la ni..tp bab makan jer aku tak malu :p

    ReplyDelete

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!