Saturday, December 3, 2011

Antara realiti dan cita-cita



Oh hello !
=.=



SEmua orang ada cita-cita. Teringat masa kecik-kecik dulu bila orang tanya nak jadi ape bila besar nanti. Tak cukup satu cita-cita. Semua pun kalau boleh kita nak jadi. Lagi-lagi kalau cikgu suruh isi kad yang ada cita-cita. Bukan main kau. Sampai 5 cita-cita aku tulis padahal cikgu suruh isi 3 je. Yela, nama pun cita-cita. Ntah dapat jadi ke tidak, itu belakang kira.


Dulu aku punya cita-cita antaranya ialah:

Polis

Pramugari

Cikgu

Doktor

Peguam


Semua cita-cita macam tak boleh blah. Masa kecik-kecik mana la kita tau keupayaan diri. So, tulis je semua yang kau nak jadi. Kenapa aku nak jadi semua tu? Jawapannya ialah :

Polis- Nampak macam kau ni kuat la konon. Kau boleh berlagak kau pegang pistol lepastu macam stail la kau lari-lari kejar penjahat. Pengaruh tv kuat sangat ni. Tapi bila dah besar, memang konpem tak dapat sebab aku rabun.

Pramugari- Kerja macam nampak lawa sikit. Aku boleh mekap-mekap pakai kebaya. Lepastu boleh naik kapal terbang selaluuuuu. Tapi bila dah besar, dah dapat tawaran interview dan dah dapat offer tapi terpaksa tolak sebab terikat dengan scholarship. Apa nak buek.

Cikgu- Yang ni aku nak jadi sebab rasa macam best pulak dapat marah-marah student lepastu boleh tanda paper exam. Best ke? Pen adalah WAJIB kalau nak jadi cikgu. Tapi bila nak membesar baru aku sedar yang aku tak boleh jadi cikgu sebab aku bukan seorang yang pandai mengawal kemarahan aku. Silap hari bulan, mau lebam anak orang.

Doktor- Yang ni nak jadi seba kononnya aku boleh la rawat mak bapak aku kalau sakit bila besar nanti. Tapi nampak hampeh. Sebab aku alah tengok darah. Boleh pitam !

Peguam- Aku sangat suka tengok lawyer punya warna tema. BLACK & WHITE. Macam stail kalai pakai suit hitam ditambah dekat cermin mata hitam. Sungguh bergaya disitu. Tapi apakan daya, aku tak sehebat mana dalam bahasa inggeris. So sad.

Bila aku dah besar, baru aku sedar yang cita-cita hanya impian. Kerjaya adalah realiti. Kita kene sedar dengan kemampuan kita kalau kita nak jadi seperti yang kita cita-cita kan tu. Contohnya macam aku. Offer nak jadi pramugari terpaksa aku lupakan sebab realitinya, aku akan jadi wartawan. Lepaskan mana yang perlu kalau tidak, "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".




bye bye cita-cita awan






hello dunia wartawan !



2 comments:

  1. Chuda!!! Kau tolakk? Xpe2 mungkin rezeki kau mmg kat bidang wartawan :-)

    ReplyDelete

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!