Monday, December 12, 2011

Hari-hari yang mungkin buat aku lemau.


Oh, hello !
=.=

Next week dah start semester baru. Sepatutnya this week tapi aku macam malas sebab konpem akan ada kelas yang cancel bagai. Daripada aku buang masa macam tu je, baik aku dok rumah dan kerja. At least, ada jugak duit nanti kan.


Timetable untuk next semester dah keluar. Rasanya macam akan buat aku lemau sepanjang minggu. Langsung tak ada free satu hari !! Dari isnin sampai jumaat aku ada kelas. Baru ingat nak jadi budak rajin tapi rasanya macam dah terbantut pulak. Adeh.








Hari isnin dengan rabu ada kelas sampai malam. GILA ! Sumpah itu gila ! Baru ingat nak tambah lagi satu subjek tapi nampak gayanya terpaksa kuburkan dulu hasrat tu. Maintainkan je dulu 5 subjek. Aku tak boleh bayangkan kalau aku amik 6 subjek. Agaknya macam mana timetable aku ek? Oh, tak sanggup !


Mudah-mudahan akan ada perubahan kat timetable aku ni. Baru la ada semangat nak belajar kan.


Untuk Cik Huda ; hendak seribu daya, taknak seribu dalih. 




1 comment:

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!