Friday, January 27, 2012

2012 tahun taubat ?


Oh, hello !
=.=
Semakin hari semakin ramai yang dah berubah. Opkos la berubah dari yang tak baik kepada yang baik. Dari yang negative kepada yang positive. Alhamdullilahhhhh... Tahniah kepada mereka yang sudah berubah ye. Tinggal aku je yang masih lagi mencari jalan cahaya sebab aku rasa aku masih lagi di jalan yang gelap. *jujur dari hati aku*



Orang cakap 2012 adalah tahun kiamat akan tiba. Betul ke? Kalau orang cakap pasal orang putih yang cakap, sudah tentu aku tak percaya langsung. Kalau melibatkan bab-bab yang macam ni, aku rasa lagi bagus kalau kita berpandukan Al-quran sendiri. Memang aku percaya kiamat akan muncul sebab tanda-tanda dia dah nampak dah. Cuma kita saje yang tak tahu bila ia akan terjadi. Yang tahu, hanya Allah S.W.T.




Bagi aku, kalau kita nak berubah biarlah dari hati kita dulu. Ya, dari hati. Bila hati dah rasa terbuka nak bertaubat dan kau dah renung dalam-dalam segala dosa yang dah dibuat, baru la kita pergi ke langkah yang seterusnya. Kalau setakat kau tutup aurat (pakai tudung), tapi solat 5 waktu kau tak buat, aku rasa tak guna kalau kau bertaubat.




Solat ni ibarat tiang agama. Bermula dari solat, automatik kau akan mula berfikir untuk yang seterusnya. Bukannnya kau pakai tudung dulu tapi solat satu rakaat pun kau tak buat. Macam tak ada guna kan? Cuba kita fikirkan kalau kita nak buat rumah tapi kita terus letak bumbung tanpa ada tiangnya. Macam mana? Silap hari bulan runtuh jugak. Ha, macam tu lah kita ibaratkan kalau nak bertaubat ni. Tapi if kalau kita bertudung dan bersolat lagi bagus kan. :))




Okay, mesti kau meluat gila baca entry aku kali ni kan. Bukannya aku baik sangat sampai buat entry ni.




Orang cakap, kalau kita dah ada hati nak berubah sebenarnya tu hidayah dah sampai dahhhhhh. Macam aku. Rasa nak berubah tu memang dah ada lama dah tapi masih lagi di takuk lama. *jujur dari hatu aku*



Tapi kalau boleh biarlah berubah dengan ikhlasssss. Jangan sebab kita percaya 2012 kiamat akan muncul, so kita pun berubah. Tapi kalau 2012 kiamat tak muncul, takkan kita nak pergi ke zaman gelap balik kan? Kalau boleh teruskan apa yang dah diubah.




Akhir sekali, doakan aku juga akan terbuka hati nak berubah ye. Aku nak berubah dengan hati yang ikhlas. Bukan sebab bulan 12 tahun 2012 ni orang cakap nak kiamat so aku nak berubah. Bukan yeeeeee.













No comments:

Post a Comment

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!