Thursday, February 2, 2012

Come join us !


Oh, hello !
=.=


Korang familiar tak dengan "garage sale" ? Rasanya macam banyak dah orang buat tapi kebanyakkan orang buat kat tempat-tempat awam so senang sikit nak tarik perhatian orang untuk datang dan beli barang tu. "Grage sale" ni selalunya sinonim dengan barang-barang bundle macam tu. Yang pasti, semua barang-barang masih dalam condition yang sangat baik so baru la orang confident nak beli. Kan?


Dan buat julung-julung kalinya, aku bersama dengan dua orang rakan sekelas aku akan bergabung tenaga untuk mengadakan satu small event yang kitaorang namakan sebagai " RAINBOW garage sale" . Event ni bukan untuk mengutip dana ke apa tapi just for fun. Disebabkan kitaorang ni banyak sangat baju-baju yang dah tak pakai, so we all decide nak jual sahaja. Daripada dibuang begitu sahaja, lebih baik cari inisiatif yang bagus.


Kalau garage sale yang lain buat dekat tempat-tempat awam, kitaorang pulak lain caranya. Tempat yang kitaorang pilih sangat senang. Dekat porch rumah sewa aku sendiri. Tak payah nak pikir nak bayar sewa bagai. Tapi ada jugak syarat yang kitaorang buat untuk orang yang datang nanti. Iaitu tidak dibenar menggunakan tandas rumah kitaorang atas sebab-sebab keselamatan. Untuk mengelakkan berlakunya kecurian, pintu rumah nanti akan dikunci!


Ada juga aku offer dekat beberapa orang yang berminat nak jual barang mereka nanti. Tapi maaf la ye, tempat limited. So tak boleh nak ajak semua. Just certain people sahaja. So, nanti aku just akan amik komisen sahaja.


Apa yang best dekat garage sale tu nanti???


Semua harga barang TIDAK LEBIH dari RM20 !

Akan ada misteri FREE GIFT if u all berbelanja LEBIH dari RM50 in a single resit. 

 Snack dan minuman juga akan dijual.

MEATBALLS ?? Pun akan ADA jugak !

So kalau boleh korang ajak la semua kawan-kawan datang sekali ye. Lagi ramai yang datang, lagi bagus ! Dan lagi bagus if korang pun share jugak pasal event ni dekat kawan-kawan yang lain ;) 

Jom support event kitaorang !





 

If garage sale ni berjaya, mungking kitaorang akan buat untuk kali yang kedua pulak ! Dan mungkin akan jemput lagi ramai vendors untuk join.


:)))










No comments:

Post a Comment

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!