Sunday, March 24, 2013

Yang selalu dikatakan.

Salam.


JODOH. Itu semua kerja Tuhan. Semua kerja dan rahsia Dia. Dia yang tentukan rezeki, hidup, mati dan termasuk jodoh. Bukan macam bapak mertua Syawal yang dalam cite Ahmad Albab tu, boleh pulak dia mention itu semua bapak yang tentu. hahaha






Aku suka cakap benda ni. Sebab aku percaya dengan kerja dan rahsia Tuhan. Bercinta bertahun belum tentu menjamin yang mereka itu adalah jodoh kau. Kehulu kehilir bagai nak rak, belum tentu menjanjikan yang mereka ini jodoh kau. Merancang menggunung belum tentu mereka itu jodoh kau.


Aku bukan manusia jenis yang percaya 100% yang bf aku ni adalah jodoh aku. Yes, aku mengharapkan itulah jodoh aku tapi kalau bukan, redha ajalah. Takkan aku nak menidakkan kerja dan rahsia Allah. Dia dah rancang semua jalan hidup aku.


I love this, " kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah bertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat..". Ya, kalau aku tulang rusuk dia, macam mana goyang dek angin ribut sekalipun, aku tetap akan dengan dia.

No comments:

Post a Comment

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!