Tuesday, June 8, 2010

PENGALAMAN BERHARGA

Walaupun belum habis belajar,saya sudah merasa alam pekerjaan. Walaupun bukan pekerjaan yang sangat 'profesional',tapi sekurang-kurangnya ia mendatangkan wang kepada saya. Tak kesah la apa orang nak cakap,saya tak kesah. Sebab ianya hanya bersifat sementara saja. Mungkin selepas habis semester akhir,saya akan mula fikirkan pekerjaan yang 'profesional'. Ye, profesional.

Daripada saya duduk dirumah hanya makan,tido dan menghabiskan duit mak dan abah saya, kan lagi bagus kalau saya sendiri yang mencari duit. Betul tak? Betul kann. Kannn. Hehe. Baiklah, saya hanya bekerja sebagai 'sales girl' saja. Tau kan ape sales girl. Ye,itulah saya. Tapi ingat,ianya hanya bersifat sementara. Dan banyak sangat pengalaman yang saya dapat. Macam macam perangai manusia yang dapat saya lihat. Yang cerewet la, yang jenis tak kesah la. Betul.

Semua yang saya dapat ni boleh saya anggap pengalaman yang sangat berharga. Yelah, atleast saya ada jugak pengalaman jadi 'sales girl'. Ye tak? Kann. Dan sekurang-kurangnya saya tau macam mane payah dan penatnya menjadi seorang 'sales girl'. So,lepas ni jangan suka suka nak kaut baju yang dah berlipat kat kedai tu suka-suka hati. Mintak je kat sales girl tu tolong amik or carikan sizes yang u all nak. Ada faham??! Hehehe.

Jadi,tunggu apa lagi? Pergi la cari kerja sementara u all nak sambung belajar ke or nak tunggu interview ke. Jangan la asyik duduk kat rumah goyang kaki. Biarlah orang cakap "hek eleh,kerja sales girl je?" At least u all mungkin tak macam mereka yang berkata sebegitu yang hanya duduk dirumah saja. Kann. Ingat, carilah kerja yang betul betul menjamin masa depan. 'Sales girl' ni hanya bersifat sementara.

Okay lahh. Itu sahaja. ;)

No comments:

Post a Comment

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!