Thursday, September 23, 2010

Dah boleh apply kerja dah

Okay, saya rasa macam nak jerit. Nak bagi tau semua orang yang saya dah betol-betol habis belajar. WEH, AKU DAH HABIS STUDY WEH! haha. Walaupun saya agak ketinggalan. Kannn. Orang lain yang sebaya saya semua dah sambung belajar amik degree. Saya je yang masih terkapai-kapai macam orang yang mati lemas minta tolong. Sangat menyedihkan. T_T

Bulan 10 ni dah exam. So sekarang dah boleh apply kerja la kann. Buat persediaan yang gila-gila untuk kerja nanti. Rasa macam nak pergi gym hari-hari sebab nak kurus. Rasa macam nak pergi buat facial hari-hari sebab nak nampak cantek plus dengan nak hilangkan parut jerawat ni muka. Ceh, malu saja. TENGOK,ORANG DAH TAU YANG SAYA ADA PARUT JERAWAT. -_-

Okay, berbalik kepada nak apply kerja. Ni surat yang saya nak hantar dekat company yang saya nak kerja.

Nurulhuda binti Jamaluddin
239 Lbkl Batu 4
Jalan Gombak
Kuala Lumpur.

Ketua/ Boss
Malaysia Airlines System

22 September 2010.

Tuan/Dato'/Tan Sri,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Nurulhuda binti Jamaluddin mahu memohon pekerjaan sebagai pramugari di tempat tuan. Ini kerana saya sangat berminat dan bersungguh-sungguh sampai termimpi-mimpi hari-hari jadi pramugari. Walaupun begitu, saya mengaku yang saya juga nak mengurat pilot-pilot atau pramugara-pramugara yang hensem-hensem lagi kacak bergaya di syarikat tuan. Sebabnya, dengar kata, mereka-mereka ni sangat banyaklah duit. Disebabkan itu, tuan perlu mengambil saya ye.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya tampilkan juga kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik: Sijil Pelajaran Malaysia 2006.

Matapelajaran: (gred)
Bahasa Malaysia 1A
Bahasa Inggeris 4B
Matematik 3A
Pendidikan Islam 2A
Sejarah 5C
Fizik 7D
Kimia 7D
Pengajian Kejuruteraan Awam 6D
English For Science and Technology 4B

4. Pengalaman kerja:

Saya pernah bekerja sebagai waitress di kedai makan mak saya dari dalam perut lagi. Dan mula bekerja secara serius ketika di tingkatan 3 sampai la umur saya 18 tahun. Lama kan? Saya dah expert dah. Ha, saya dengar kata, tugas pramugari ialah serve orang. Apa lagi, dah sesuai sangat la tu. Disamping itu, saya juga sangat handal dalam membungkus nasi lemak. Jadi, senang la kalau-kalau ada penumpang yang nak bungkus bawa turun.

5. Hanya ini sahaja yang dapat saya berikan kepada tuan kerana yang lain adalah rahsia ye. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja di syarikat tuan dapat diterima pakai. Dan saya berasa gembira dan seronok dipluskan lagi dengan belanja satu MAS makan sekiranya saya diterima bekerja di syarikat tuan dan berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh disamping akan bangun awal dan datang kerja awal. Oh, saya tak tipu ni kerana saya sangat jujur. Walaupun saya pernah ponteng sekolah saya akan insaf jika dapat kerja ni. Tuan juga tak perlu risau dengan masalah makeup kerana saya suka makeup walaupun muka saya ada parut jerawat dan kita sedia maklum yang sekarang kita boleh cover dengan conceler. Saya juga sangat suka pakai kebaya dan saya akan pakai baju kebaya MAS setiap kali hari raya tanpa rasa jemu sebaliknya bangga.
Saya juga berjanji tidak akan curi makanan dan coklat atau aiskrim yang ada dalam kapal terbang sebab saya nak kurus walaupun itu adalah favrate saya. Maaf ye tuan,saya dah lupa nak eja Favrate macam mane.

Saya pun dah penat menulis segala yang bermula dan berakhir dengan baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja, hidup tuan akan berakhir dengan bacaan yaasin.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(NURULHUDA JAMALUDDIN)

Rasa-rasa kan, orang tu akan terima tak surat saya ni. *__* hahahahaha.










1 comment:

  1. macam mana la you boleh terkeluar dengan idea macam ni. creative. sangat best:)

    ReplyDelete

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!