Friday, November 12, 2010

FINALLY

Tu diaaaaaa. Akhirnya dapat jugak apa yang diimpikan. Yang nak sangat sangat kan. Ha, amik kau! Walaupun tak seberapa kan.

Semalam lepas jenuh menunggu sampai rasa nak terberak terkencing, akhirnya dapat jugak tengok result. Walaupun line tak seberapa nak elok, sampai rasa macam nak hempas je lappy ni kat dinding tapi lepas tengok result terus sejuk dingin hati saya.

Semester last ni walapun repeat, tapi alhamdulillah result ok jugak. Dapat jugak 3.00. Nak kenyit mata sikit lah. -__* haha

Dulu masa semester satu, dapat jugak 3.00 pointer tapi tak rasa apa apa sangat sebab tak paham pun apa ke jadahnya benda alah tu. Bila dah dah masuk semester dua, ha amik kau. Dapat pointer 2.02 baru nak ternganga sampai tak boleh nak terkatup dah. Masa tu baru paham apa jadah benda alah tu. Masa tu jugak baru nak menyesal terpekik terlolong yang pointer dah jatuh berdentum! Nak menyesal pun tak boleh dah.

Lepas dapat tau,baru nak terhegeh-hegeh berusaha nak naikkan pointer padahal orang lain pointer dah naik lama dah. Memang menyesal habis la weh! Bila difikir-fikirkan, kalau lah saya stay study dari semester satu sampai la sekarang agak-agak dah berapa ye pointer saya? Sumpah menyesal tak hengat.
T__T

Tapi tak apa. Hidup bukan setakat tu saja kan. Insyaallah panjang lagi kehidupan yang perlu saya tempuh. Ha, masa tu jangan harap dah dapat main main macam semester mula mula dulu. Tak ada dah nak ponteng-ponteng kelas lagi. Masa tu nanti saya nak ikut budak budak yang pakai cermin mata tebal tak hengat, yang pakai tudung labuh tak hengat pergi kelas sama-sama. Konpem 200% saya akan dapat result yang terbaik punya!

Walau apa pun yang saya harapkan lepas ni, yang penting adalah HATI. Kalau hati kuat, berkawan lah dengan orang yang macam mane pun saya tetap ingat pendirian saya.

*___*


No comments:

Post a Comment

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!