Tuesday, January 18, 2011

BERNIAGA BERBISNESS

Selamat petang semua.

Hari ni saya tak nak ngomong banyak-banyak tapi saya nak tulis banyak-banyak. Korang tak marah kan? Tinkiu. Lepas ni kalau korang rasa macam dah lenguh biji mata sebab baca apa yang saya tulis,saya minta maaf banyak-banyak. Bukan sengaja pun walaupun memang dah niat. -__-

Saya memang suka berniaga berbisness. Sebab apa? Sebab boleh mendatangkan duit. Ya, saya cintakan duit. Rasa macam juling-juling biji mata kalau tengok duit. Sebab tu la saya suka berniaga berbisness. Sebelum ni saya dah pun jual baju dan handbag dekat butik online, sekarang saya nak jual benda yang berasaskan craft pulak.

Tapi kenapa craft? Kenapa saya tak buka pusat karaoke walhal saya gila karaoke? Dah tentu la sebab modal. Kalau dapat ngorat Datuk K or Bong Mokhtar, esok juga saya buka pusat karaoke. Tak payah nak tunggu-tunggu kan? Sebab tu la saya buka kedai yang berasaskan craft je.

Untuk pengetahuan korang, saya ni memang sukakan seni. Seni mempertahankan diri je yang saya tak suka. heee. Disebabkan minat tu la yang buat saya nak buka bisness ni. Apa pun yang kita buat sebenarnya kene ada minat. Sebab kalau tak, memang jahanam la jawabnya.

So, bisness saya tu masih lagi dalam proses. Bila dah setup betul-betul, baru la boleh gebang panjang lebar. Dan kalau korang nak tau craft apa yang bakal saya jual, korang kene la tunggu. Mungkin dalam February baru mula. Hari ni baru je pergi servey barang. So, dah dapat apa yang saya nak. Dah boleh la nak letak harga.

Kalau ada modal lebih, banyak la product dia. Tapi kalau ciput,kene la buat yang kecik-kecik dulu. Tengok pada keadaan dulu la.
Okay, tu je yang nak bagitau. So,korang tunggu je la ye. *peace*


No comments:

Post a Comment

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!