Tuesday, January 25, 2011

PILIHAN TERBAIK. YANG MANA SATU?

Selamat pagi.

Wah,ceria betul lah cik huda montel hari ni. Dengan mood baik yang ada pagi ni, saya nak share sesuatu. Kalau boleh tolong sekali ek.

Semua pun tau UPU dah keluar. Saya dah beli dan dah isi. Tapi tak confirm hantar lagi. Nasib baik tak confirmkan lagi. Kalau tak mesti menyesal. *fuh,nasib baik wooo* . Punyalah banyak pilihan yang korang boleh pilih. Rasa macam nak juling biji mata nak tengok satu-satu. Benda penting kita kene buat slow slow. Jangan gelojoh.

 Ni pilihan yang saya buat.

1) Komunikasi & Media ( penyiaran ) - UiTM
2) Komunikasi & Media ( perhubungan awam ) -UiTM
3) Komunikasi - UPM
4)Pengurusan ( marketing ) - UiTM

Tu antara pilihan yang mula-mula dibuat. Tapi nasib baik tak hantar lagi! Kalau tak menyesal seumur hidop wooo. Kenapa?  Ce cite ce cite. Ni nak cite.

Dengan bisness baju yang ada, dengan minat berbisness yang ada, saya rasa nak tukar sikit pilihan yang dibuat. Macam yang selalu saya cakap. Apa pun kita buat, kita kene ada minat. Baru boleh jalan. Sama jugak macam nak kawen. Kalau tak minat, kau boleh kawen tak? Tak kannnn. Nanti takut tak bahagia. Ha,macam tu.

Saya rasa macam nak pilihhhhhh. *korang jangan nak mengata plus gelakkan aku eyh. aku debik kang!* . Saya nak pilih fasion designer la. Ok? Boleh? Dengan rasa ragu-ragu plus malu, saya nak tanya. Patut tak saya ambil? Rasa-rasa korang, boleh tak saya carry on dengan kos tu? Minat ni weh.Tolang taw.

** jumaat saya nak pegi interview untuk scholarships. doakan ye. hehe**

No comments:

Post a Comment

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!