Tuesday, April 26, 2011

TIPS LEMBUTKAN RAMBUT

Selamat Pagi.
Moga-moga pagi-pagi macam gini akan membangkitkan tenaga anda untuk meneruskan aktiviti harian.
^__^


Siapa yang suka kalau rambut dia cantik lagi lembut bak sutera? Yang kalau sangkut sikat pun boleh terlurut jatuh balik. Yang kalau lelaki tersentuh je, macam ei! geram gila! Yang kalau tak de sikat kat rumah, guna jari pun boleh. Ha, siapa?! Kalau suka, cepat angkat tangan macam usop wilcha!

Memang semua perempuan pun suka kalau macam tu. Mesti bangga tahap ya amat gila kalau dapat rambut yang macam tu. Memanjang je lah kau nak lepas rambut. Nak tunjuk kat orang yang rambut korang tu hebat gila. Termasuk la aku. Aku pun nak macam tu jugak! Orang cakap, rambut adalah mahkota perempuan. Betul ke? Bukan virginity ke? Huh, tak kesah la kan.

Kalau kita tengok semua jenama shampoo, mesti kene ada CONDITIONER. Why? Sebab conditioner la yang membuatkan rambut kita lembut. Sebab tu, kalau nak beli shampoo kene sertakan sekali conditioner. Kene jugak amik conditioner. Tak macam aku. Amik shampoo je. Mana la ada duit nak beli conditioner bagai! Ada sesetengah yang anggap pemakaian conditioner ni macam buang masa. Eyh, tak! Jangan cakap macam tu.

Conditioner sangat penting. Jangan kau nak abaikan dia. Tapi aku abaikan jugak. *jangan pikir pasal aku*. Sama jugak macam kalau kau ada penyakit darah tinggi. Takat kau makan ubat je, kau ingat boleh elok? Kene jugak kau jaga pemakanan kau kan? Ha, macam tu la jugak dengan rambut.

So, aku ada cara yang kau boleh praktik kan. Senang je. Lepas kau bershampoo, kau pakai la conditioner. Kau lumur elok-elok. Sebaik-baiknya waktu malam. Sebab cuaca sangat sedang elok. Takde la panas terik. Lepas kau lumur, kau tutup la kepala kau tu. Alah dengan apa ntah nama benda alah tu. Yang plastik tu kan. Then kau biarkan semalaman. Esok pagi kau bangun, terus cuci. Ya ampun! Konpem rambut kau lembut bak sutera weh! Aku tak tipu.

Disebabkan aku ni tido agak lasak*bukan agak tapi dah memang*, jadi aku tak boleh nak buat benda ni. Konpem tercabut plastik tu. So, aku just buat lepas mandi. Sebab tu aku kalau mandi amik masa yang agak lama.

So, kalau sesiapa yang nak rambut halus mulus lembut bak sutera boleh la cuba ye. Nescaya, korang akan berpuas hati. Ok, enjoy the tips babe! Daaaa.

2 comments:

  1. olive oil works great as hair softener too, apply some to hair, wrap a hot towel for about 5 mins and wash away, a simple home remedy.

    ReplyDelete
  2. kalau pakai pelembut pakaian boleh tak???
    just joke...hahaha
    Jemput Datang Ke Blog Saya

    ReplyDelete

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!