Sunday, May 1, 2011

JAKUN- YEAY! AKU ADA PASSPORT!

Selamat Malam.
Tapi jangan nyanyi lagu Faizal Tahir sebab aku alergik gila dengan lagu tu. Benci.

Kau tau kan aku nak pegi Bandung? Tau? Tapi aku nak cakap jugak. Weh, aku nak pegi Bandung! haha. Hujung bulan 5 aku pegi. Hari isnin gerak then khamis balik Malaysia balik. Cewah. Macam la nak pegi London! Poyo nak mampus cakap macam tuh. ^__^

So,perkara penting untuk mereka-mereka yang tak pernah ke luar negara *lagi macam poyo* kene la ada passport. Penting tuh. And aku dah pun buat hari jumaat ari tuh. Aku pegi buat dengan bf aku. Tak pasal-pasal kena perli dengan abang imegresen. Yelah, dah kau pegi berdua. Memang konpem la dia pikiak lain kan. Yang abang tu pun satu, sebok-sebok ape pasal? Suka hati aku lah kan. Perkara lain yang aku kene settlekan pulak nak kene pegi PTPTN. Sebab aku baru nak hantar surat kat diorang yang aku dah pun sambung belajar. Kang tak pasal-pasal aku kena lambai tangan kat adik-beradik aku yang lain ke balai berlepas. Oh, tidak!

Ni aku nak tunjuk passport aku. Kenapa?? Sebab aku jakun la! Kenapa aku jakun?? Sebab aku tak penah ada passport la! So, sekarang ape kau rasa? Ada rasa macam nak muntah tak? Ada rasa macam nak hentak pale aku tak? Weh, suka hati aku lah! Blog aku kan. *__*





ni passport orang jakun tuh


ni gambar orang jakun tuh


Apa yang kau nampak? Perasan tak yang muka aku kembang? Aku tak paham kenapa perlu nak zoom sampai macam tu sekali. Menjatuhkan air muka orang betol la imegresen nih! Kan aku dah nampak gemuk *walaupun memang gemuk*. At least bagi la peluang kat aku nampak kurus. huh.

**thanks haby sebab bayarkan untuk I buat passport ni. Sedey. T_T


No comments:

Post a Comment

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!