Tuesday, June 28, 2011

Apply biasiswa lupakan PTPTN!

Selamat semuanya.
=.=


Seronoknya tak terkata bila kau dapat tau duit PT dah masuk. Ha,mulalah rancang nak beli macam-macam. Ada yang sanggup shopping sakan bagai. Weh, siap boleh beli Blackberry lagi kau. Dari hari pertama duit masuk sampai seminggu, shopping tak habis-habis lagi. Tambah pulak kalau kau dapat full loan. Mak datuk, senyum sampai telinga kau! Seronokkkkkk.


Tapi kau pernah tak terfikir bila dah habis belajar nanti? Selepas 6bulan kau habis belajar, surat cinta dari PT dah sampai. Masa tu, terjojol lah biji mata kau tengok berapa yang kau kene bayar balik kan. Tu belum campur tambah tolak darab bahagi bagai yang untuk Diploma punya. Sebulan mau cecah 3-4 ratus kau kene bayar kot. Itu pun kalau kau dapat kerja yang betul-betul ngam dengan qualification kau. Kalau tak dapat?? Sape nak bayar? Kau nak suruh mak bapak kau pulak yang bayar? Gilo!


Bila kita fikir-fikir balik, PT ni dah macam Ah Long dah kan. Masa sekarang bukan main senang lagi die bagi kau duit. Tapi bila dah masa nak minta balik, orang lain boleh pegi holiday ke luar negara, kau pulak ternganga bercuti dalam negara. Rugi dow tak pegi Bandung. Kau nak ke jadi macam tu?


Salah satu cara kau nak sambung belajar tanpa pinjam PT ialah kau apply biasiswa. Biasiswa?? Yes! Biasiswa dari Karangkraf. Hanya itu jalan yang selamat. Biasiswa yang aku maksudkan ni hanya cover untuk yuran pengajian kau sahaja. Maksudnya, dari hari pertama nak register tu korang tak payah bayar. Just bawa diri untuk daftar saja. Best kan? Tapi... *isk, boleh pulak ada tapi-tapi kan*


Tapi.. biasiswa ni tidak merangkumi wang sara hidup. Apa maksudnya tu? It means untuk duit belanja kau, kau yang tanggung sendiri. Untung la kau kalau mak bapak kau masih bekerja. Boleh bagi duit belanja. Macam aku, aku tak minta pun duit dari mak bapak aku. Hanya keuntungan aku jual baju tu la aku buat belanja. Syahdu tak?
T__T


Kalau kau dah diterima untuk dapat biasiswa ni, best taw. Kadang-kadang kau akan terlibat sama untuk aktiviti yang pihak Karangkraf anjurkan. Seronokkkkkkk. Kalau kau jenis kemaruk nak jumpa artis, bagus la. Ni salah satu jalan die. Muahahah.


Berminat nak apply? Nak tau lebih lanjut lagi?
KLIK SINI KALAU NAK!


 

ni yang aku dapat ari tuh. :)

2 comments:

  1. Hai kak.
    Sya nak tanya sikit pasal biasiswa ni. Saya dapat untuk asasi TESL di Unisel. Okay tak biasiswa ni? Apa kelebihan dan kekurangannya? Kalau akak rasa terlalu private nak bagitahu di sini, akak boleh email saya di farah.azizan@yahoo.com. Thank you :)

    ReplyDelete
  2. Salam kak,
    Biasiswa karangkraf de minta testimonial.So saya nak tanya dari siapa saya nak minta testimonial?
    Saya harap akak dapat balas secepat mungkin.

    ReplyDelete

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!