Friday, July 1, 2011

Tarikh keramat tentukan semuanya.

Tengahari awak!
=.=


Tarikh keramat? Bukan sebab tarikh hari lahir aku dan bukan jugak tarikh aku nak kawen. Walaupun hati berkobar-kobar tak sabar nak kawen, tapi bukan sebab tu. Mak tak bagi lagi aku kawen sebab aku tak habis belajar lagi. Pihak lelaki lagi la tak sabar-sabar sebab die dah kerja. Aku ni? haishhh.


Lupakan pasal kawen. Bila aku dah dapat tau tarikh sebenar result keluar, aku dah mula tak seceria dulu. *ceh, macam dapat tau ada penyakit kanser je* Makan pun mula la tak lalu walaupun selera makan membuak-buak. Kalau la aku tak dapat pointer yang bagus, naya weh! Kang tak pasal-pasal pihak Karangkraf panggil. Lepas tu mulalah kene pergi kaunseling tanya itu ini. Itu yang aku tak nak tu.


Aku dah cuba sehabis boleh jawab exam. Dah cuba sehabis boleh pergi kelas walaupun kene redah panas terik mentari. Aku mana ada kereta macam budak sekarang. Jalan je la kaki dik nonnnn. Kalau badan tak kurus-kurus jugak, tak tau la kan. Dan yang paling penting sekali, aku dah cuba sehabis boleh untuk jatuh cinta dengan course aku ni. Alhamdullillah, dah ada rasa cinta dalam hati.
*__*


Tapi apa pun semua terpulang dekat lecturer. Kalau die rasa jawapan yang aku bagi tu ok, dapat la aku result yang ok. Tapi kalau jawapan aku tu tak menepati citarasa die, dapat la aku result yang tak menepati citarasa aku. Kan? Dalam hati dah berhajat nak beli apa yang aku nak tapi semua kene tunggu result keluar dulu. Aku tak nak bila dah hepi gila-gila babi, dapat result yang tak memuaskan. So, lebih elok kalau aku tunggu result tu dulu kan. Boleh dapat rasa hepi ganda dua. muahhaha.


Kau pulak macam mana? Selalu tak rasa macam aku rasa tiap kali tunggu result keluar?

1 comment:

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!