Friday, March 21, 2014

Biasiswa Melanjutkan Pelajaran dalam Malaysia


Semua orang nak belajar tinggi-tinggi. Semua orang nak hidup senang. Semua orang nak itu. Semua orang nak ini. Tapi tak semua orang tau macam mana nak dapatkan apa yang dikehendaki. Pernah tak kau terfikir jalan penyelesaian dia? Pernah?


Entri kali ni aku nak tolong kau yang berkeinginan nak belajar tinggi-tinggi. Tapi kalau kau berhasrat nak belajar kat oversea, tu kau fikir sendiri. Yang aku nak tolong ni hanya dalam negara sahaja.


Pernah tak kau dengar nama "KARANGKRAF"? Untuk yang tak tau, Karangkraf ni antara pengeluar majalah terbesar di Malaysia. Aku rasa lebih 50 majalah kot. Banyak nau nau. Yang femes pada aku antaranya macam Media Hiburan, Remaja, Dara.com. Kalau surat khabar, Sinar Harian. Novel takyah cite la kan. Beratus kot aku rasa.


Untuk pengetahuan korang, Karangkraf ni sebenarnya ada sediakan dana untuk yang nak sambung atau lanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Degree. Sumpah rugi kalau kau tak apply. Langsung tak keluar duit satu sen pun! Tapi nak diingatkan jugak. Universiti yang diorang taja ni hanyalah universiti swasta sahaja.


Eh helooooooo. Kau ingat universiti swasta ni tak okay ke? Ingat budak-budak yang belajar sini bodoh bangang ke? TAK HOKAYYYY. Kau kalau diterima untuk biasiswa ni dah kira okay apa. Bukan nak cakap kau pandai ke apa tapi kau antara yang bertuah sebenarnya. Tak payah nak pinjam loan PTPTN bagai. Yuran puluh ribu pun tak heran sebab ada dana yang tanggung.


Ni aku share sikit universiti mana:
  1. Universiti Tun Abdul Razak
  2. UNITAR International University
  3. Universiti Industri Selangor, Kampus Shah Alam
  4. Universiti Industri Selangor, Kampus Bestari Jaya
  5. SEGi University Kota Damansara "Permohonan Biasiswa Karangkraf untuk Kemasukan ke Segi University terpaksa ditutup sementara. Sebarang kesulitan amat dikesali. Harap Maklum. Terima Kasih."
  6. SEGi College, Subang Jaya
  7. Universiti Tenaga Nasional, Kampus Putrajaya
  8. Universiti Tenaga Nasional, Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
  9. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)         


Dannnnn jangan kau ingat nak diterima suka suka ye. Ofkos ada syarat-syarat dia. nah!


  1. Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun
  2. Keputusan cemerlang dalam SPM (Minimum 8 Kepujian), STPM/Matrikulasi/Diploma atau yang setara dengannya sekurang-kurangnya 3.00
  3. Aktif dalam sukan & aktiviti ko-kurikulum
  4. Fasih & boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris
  5. Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana Pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.
  6. Menerima tawaran kemasukan dari mana-mana institusi seperti di perenggan 2 dan kursus/program tersebut mestilah diiktiraf oleh BK 

Just nak share dengan korang yang tak tau. Aku ni antara student yang dapat biasiswa ni. Aku pilih UNISEL. Aku amik course JOURNALISM/KEWARTAWANAN. Bila dah diterima ni, apa yang penting ialah kau kena maintain pointer je. Tak boleh bawah 3.00. Kalau kau nak kena panggil, silalah buat main-main. hahaha


Yuran sume tak payah fikir. Cumanya kau kena usaha sikit untuk duit belanja, duit sewa rumah, duit buku. Yang tu je diorang tak cover. Maknanya takde elaun la. Macam aku, aku amik inisiatif buat bisness online. So boleh la hidup dengan tenang. hahaha


Alhamdulillah. Sekarang dah semester terakhir. Tak zabar gilos nak habis wehhh. Kalau daam kontrak, aku kena kerja dengan Karangkraf ni selama 3 tahun (RM10k untuk 1 tahun). Tapi masa taklimatt dolu-dolu, diorang tak halang kita nak kerja tempat lain. Just bagi surat je kat depa. Mudah kan?


So kalau korang berminat nak cuba, boleh terus ke website depa ha. Aku dah bagi link kat words KARANGKRAF kat atas. Korang mesti cuba! Mana tau rezeki kau ke kan. Orang lain belajar sampai nak kena pinjam loan. Kau kalau dapat ni, bertuah ya amat!


Daaaa!!



2 comments:

  1. boleh saya tahu boleh ke kalau kita nak pindah kerja tempat lain lepas dah tamat belajar? maksudnya taknak kerja dengan dia.

    ReplyDelete
  2. hi there.. we in the same course. skrg amik journalism kt unisel. bole tahu tak kalau i penah amik ptptn kalau nk apply ni boleh x?

    ReplyDelete

Thank you la der sebab baca !

Komen sket meh!